Berita mengenai pemandu mabuk langgar hingga mati kerap dilaporkan di Malaysia. Pelbagai usaha telah dibuat untuk mengurangkan kes ini, namun untuk waktu ini ia masih tiada sebarang kesan efektif terhadapnya.
Terbaru menurusi tweet RedzuanNewsMPB, journalist di Media Prima Berhad melaporkan kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk dengan mangsa penunggang motosikal. Kejadian dilaporkan berlaku di Seri Kembangan Malam tadi.
Pemandu Mabuk.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 6, 2021
Polis sahkan pemandu Hilux ditahan selepas terbabit kemalangan hingga penunggang motosikal EX5 maut (dikenali Amirul 22 tahun)
Ketika cuba lari, suspek usia 52 rempuh sebuah lagi motosikal hingga mangsa cedera.
Kejadian berlaku di Seri Kembangan malam tadi pic.twitter.com/MRzugB2bNq
Suspek utama menggunakan Hilux melanggar penunggang motosikal EX5 yang dikenali sebagai Amirul berusia 22 tahun hingga maut di tempat kejadian. Menyedari kejadian tersebut, suspek berusia 51 satu tahun cuba melarikan diri, dalam usahanya itu dia sekali lagi melanggar penunggang motosikal yang lain dan mengakibatkan kecederaan.
Polis mengesahkan pemandu Hilux berkenaan mabuk dan sudah ditahan untuk siasatan lanjut.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet berkongsi rasa marah dengan apa yang berlaku dan menyifatkan sesuatu yang tegas perlu dibuat memandangkan ini bukan kes yang pertama malah telah mengorbankan banyak nyawa.
It’s about time kot we need a stricter enforcement / heavier sentence for provisions on drunk driving and langgar orang sampai mati ni... https://t.co/YG9ahH7bE9
— Tatty Hassan (@tattyhassan) February 6, 2021
Tiap kali news mcmni lalu kan. I mesti nervous nak baca. Takut orang yang i kenal or my brothers. Sial la orang mabuk ni. Salam takziah dkt arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat. He is still young 😣🥺 https://t.co/G1IKpTBJdI
— بد (@abadefghijkl_) February 6, 2021
aku rasa dah sampai masa kita cukaikan ganja dan buang ganja dari akta dadah, tukar dgan arak. https://t.co/e0pE9xCjht
— PU (Pembantu Ultraman) (@MuhdMirul1) February 6, 2021
0 Comments