KPM Benarkan Pelajar Hadir Ke Sekolah Tanpa Pakaian Seragam Sehingga 26 Mac 2021

Umum mengetahui sesi persekolahan di Malaysia kembali dibuka semula bermula Mac ini untuk sekolah rendah manakala April bagi sekolah menengah setelah ia ditutup ekoran penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Memahami kegusaran dan kebimbangan ibubapa untuk membuat persiapan terhadap pakaian seragam pelajar. KPM tampil dengan inisiatif membenarkan pelajar hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam sehingga 26 Mac 2021. 

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan media bertarikh 24 Februari di laman sosial rasmi milik Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021. KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali kesekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka. 

Post a comment

0 Comments