KKM Nafi Wanita Viral 'Maki' Pengguna Jalan Raya Kakitangan Mereka


Sejak semalam, viral di media sosial mengenai sebuah rakaman dashcam yang memperlihatkan seorang pemandu melakukan pusingan U hingga mengakibatkan kesusahan kepada pemandu lain. Lebih menggemparkan, pemandu yang turut melakukan provakasi itu dipercayai seorang doktor.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Buat Pusingan-U Secara Merbahaya, ‘Pensyarah’ Ini Maki Dan Doakan Pemandu Lain Dijangkiti COVID-19

Terbaru, menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemandu yang viral di media sosial itu bukan kakitangan Hospital Serdang dan KKM.

Bukan kakitangan hospital


Menurut Pengarah Hospital Serdang, pihaknya mengambil maklum akan isu tular di laman media sosial Twitter milik Fadzil Amin, bertarikh 2 Februari berkenaan kelakuan seorang wanita yang didakwa doktor telah melakukan pusingan ‘u’ di lampu isyarat di hadapan hospital berkenaan serta dialog antara pemandu dan pemilik Twitter.

Oleh itu, semakan telah dibuat dan pihak hospital mendapati wanita tersebut seperti dakwaan Fadzil Amin adalah bukan kakitangan Hospital Serdang dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: KKM

Post a Comment

0 Comments