Kagum Dengan Bantuan Kepada Asnaf, Tengku Mahkota Johor Terima Mengadap Ustaz Ebit Lew

GAMBAR: Facebook HRH Crown Prince of Johor 

Tengku Mahkota Johor dan Ustaz Ebit Lew nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Dua figura ini masing-masing memiliki karisma tersendiri. Tengku Makhota Johor atau TMJ terkenal dengan idea bernas unik dalam memajukan industri bolasepak Malaysia terutamanya membawa Johor Datul Ta'zim ke satu aras tertinggi dan professional. Baginda juga turut menjadikan kelab miliknya itu sebagai kelab terbaik dengan fasiliti terbaik di Malaysia. 

Ustaz Ebit Lew pula individu yang tidak kurang dengan sumbangan terhadap mereka yang memerlukan terutama golongan asnaf dan daif di serata Malaysia. Beliau telah menjelajah hampir keseluruhan negeri di Malaysia untuk memberikan sumbangan terutama bantuan berbentuk tempat tinggal dan perubatan. Bukan itu sahaja beliau turut membantu frontliner didalam waktu sukar seperti pandemik yang kita hadapi sekarang. Bantuan yang beliau salurkan membatasi agama, bangsa mahupun kaum. Beliau sentiasa cuba berikan yang terbaik buat golongan yang memerlukan. 

Terbaru, Tengku Mahkota Johor dalam satu perkongsian rasmi dalam Facebook Baginda memaklumkan mengagumi apa yang dibuat Ustaz Ebit Lew


Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan. 

Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas. 

Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya. 

Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah.

Selain itu, Ustaz Ebit Lew turut berkongsi rasa terharu dan sebak saat dapat berjumpa dengan DYMM Tengku Mahkota Johor. Beliau turut berkongsi video di instagram miliknya. 

TMJ SUMBANG 200 RIBU, TAJA PERGI UMRAH

Menurut Ustaz Ebit Lew, TMJ telah memberi sumbangan berbentuk kewangan sebanyak RM200 ribu ringgit bagi tujuan meneruskan misinya. Tambahnya lagi, TMJ juga ingin menaja semua team beliau untuk pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.
.
Menjunjung kasih Tuanku. InsyaAllah Tuanku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami

Post a comment

0 Comments