[FOTO] 5 Tahun Menyulam Cinta. Hannah Delisha Buat Kejutan Berkahwin

Tiada angin tiada ribut, satu posting daripada Instagram pelakon cantik kelahiran Singapura ,Hannah Delisha telah mengejutkan para peminatnya.

Pelakon cantik jelita kelahiran Singapura, Hannah Delisha sah bergelar isteri kepada pasangannya, Imam Shah. Hannah tampil membuat kejutan di Instagram degan memuat naik gambar selamat di ijab kabulkan di Singapura. Pelakon kacukan Singapura-England itu cukup manis dengan busana serba putih. 

Dalam kapsyen yang dibuat, Hannah mengucapkan syukur selepas lima tahun penantian dia sah bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Imam Shah.

Suaminya juga turut berkongsi gambar semasa bernikah dan menyarung cincin sebagai bukti sah bergelar pasangan suami dan isteri.




Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah diatas penikahan Hannah dan pilihan hatinya.

Mereka mendoaka agar hubungan perkahwinan pelakon cantik itu kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber: Hannah Delisha, Imammemy

Post a comment

0 Comments