![]() |
Gambar: Malaysiakini.com |
Umum mengetahui standard operation procedure (SOP) yang ditetapkan hampir seluruh negara didunia ini untuk mereka yang pulang dari luar negara mestilah menjalani kuarantin wajib selama 10-14 hari, Malaysia tidak terkecuali melaksanakan SOP ini.
Terbaru, menerusi laporan Astro Awani semalam melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan tempoh pemerhatian bagi menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari, berkuat kuasa 9 Februari 2021
Syarat pengecualian akta dalam perintah tersebut juga menyebut menteri Kabinet yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Untuk rekod, Seksyen 15 (1) akta tersebut memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
CETUS PERDEBATAN WARGANET
Keputusan tersebut jelas mencetuskan kebimbangan dan kemarahan warganet kerana ia boleh meningkatkan kemungkinan kes positif covid di Malaysia. Selain mereka turut berpendapat seolah-olah ada double standard pelaksanaan SOP antara menteri dan rakyat biasa.
Keputusan inilah yang menyebabkan gelombang ketiga Covid-19 selepas PRN Sabah. Masih tak sedar dari kesilapan dulu. Patutlah SOP PKP pun sama. Tak pernah belajar dari kesilapan. Lepastu salahkan rakyat. Harap2 PN atau MN terus lingkup selama lamanya. Fitnah PH, skrg tengokla 😌🤗
— 🇲🇾 🌺 Vicky 🌺 🇲🇾 (@vickymanogharan) February 8, 2021
Selain itu, ada juga warga maya berkongsi pendapat bahawa keputusan beginilah yang menyebabkan gelombang ketika COVID19 sedang berlaku sehingga kini. Oleh kerana kelonggaran sewaktu PRN Sabah dahulu.
Bolehkah kalau saya ke luar negara saya hanya dikuarantin 3 hari? Apakah beza tubuh saya dengan tubuh mereka yang mendapat kelonggaran 'istimewa'?
— Dr MAZA official (@realDrMAZA) February 9, 2021
Shame on you ministers!!! Please resign. Absolutely selfish and tak sedar diri. You guys were the reason why the cases spiked back in the first place. Incompetent! Double standard at its best. https://t.co/grHAOJj3Iv
— Anna Khayalan (@thekhayalan15) February 9, 2021
Disebabkan keputusan tersebut #AdhamBabaLetakJawatan trending di Twitterdouble standard nyah #AdhamBabaLetakJawatan https://t.co/UQTcHqa8tV
— Leo || was @seungstastics (@sevngmongs) February 9, 2021