'COVID19 Virus Is Real' - Doktor Kongsi Detik Cemas Positif COVID

Keadaan wabak COVID19 di Malaysia ketika ini amat menakutkan dengan tiga hari berturut-turut negara kita mencatatkan lebih 5000 kes baru setiap hari. Lebih menakutkan wabak ini telah menjangkiti frontliner kita sendiri, berikut adalah perkongsian cerita dan pengalaman Dr. Dalvin Sidhu semasa positif Covid19. 

Hi semua, 

Saya salah seorang yang berjaya dalam perjuangan dengan orgamisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Saya teleh disahkan positif C19 pada 8/12/2020 setelah keputusan saringan kedua swab saya dikeluarkan.

Kisah saya bermula pada 1/12/2020 apabila saya berhubung rapat dengan salah seorang pesakit covid positif di wad yang saya bertugas.Sejurus selepas mendapat infomasi bahawa pesakit saya positif covid, saya menerima arahan untuk menjalani home quarantine pada keesokan harinya (2 Disember 2020). Justeru itu, saya telah menghubungi ahli keluarga saya untuk mengosongkan satu bilik tidur bagi tujuan mengasingkan diri daripada mereka. Selama satu minggu saya telah mengasingkan diri, ahli keluarga saya meletakkan satu kerusi plastik diluar pintu bilik dimana saya mengasingkan diri. Keluarga saya juga telah mengasingkan semua barang keperluan harian saya seperti sudu, gelas, pinggan mangkuk dan sebagainya. Makanan Dan minuman saya pun hanya akan diletakkan di atas kerusi plastik sahaja. Kami bercakap menerusi video call / berjerit dengan pintu bilik yang tertutup. Pada 3 Disember 2020, swab pertama saya telah diambil, keputusannya negatif dan sayajuga tidak mempunyai apa-apa gejala pada masa itu. 

Pada 5 Disember 2020, saya mula demam, sakit kepala yang teruk, sakit badan & sendi, sakit mata, cirit-birit, letih. Demam dan sakit badan tidak berkurangan walaupun mengambil ubat. Saya mula syaki berkemungkinan saya untuk mengidapi penyakit covid-19 yang ditakuti ramai. 

Pada 7 Disember 2020, swab kedua saya diambil, pada permulaan saya rasa lega kerana akhirnya dapat keluar bilik setelah mengasingkan diri daripada ahli keluarga selama 7 hari. 

Malangnya pada keesokkan harinya bersamaan 8/12/2020 keputusan swab saya positif. Sejurus selepas itu, saya menerima beberapa panggilan, untuk mengesahkan diagnosis, gejala dan akhirnya ambulans dihantar untuk mengambil saya dari rumah. Saya telah dimasukan ke Wad C19. Setelah tiba di wad C19, saya melihat ramai lagi pesakit C19 di situ. Pada permulaannya, saya agak sihat untuk bersembang and berkawan dengan para pesakit yang lain di wad. Saya juga agak gembira dengan makan and and minuman yang disediakan bagi kami pada pesakit. Tidak sama sekali kami dilayan dengan kasar. 

Kami diberi makanan 4 kali sehari berserta air mineral yang tidak terhad dan juga makanan ringan seperti biskut dan maggi disediakan. 

Setelah tiga hari di wad, saya mula mengalami batuk yang teruk serta kurang deria rasa dan bau, pada masa yang sama demam pun masih tidak surut, sakit badan & sendi, cirit-birit masih berterusan. Untuk menambah keterukkan keadaan, saya mulai mengalami kesukaran untuk bernafas dan tahap Spo2 ( kandungan oxygen dalam darah) saya semakin menurun. Pada hari keempat dalam wad, saya dipindahkan ke ICU untuk pemerhatian rapi kerana Spo2 saya sekitar 90% sahaja, degupan jantung saya berada diatas tahap normal dan saya memerlukan bantuan alat pernafasan yang lebih tinggi untuk menolong saya bernafas. Pada waktu sama, saya telah dibawa ke bilik CT scan untuk buat scan CTPA, Ini adalah untuk mencari punca kemerosotan keadaan saya. Saya bernasib agak baik kerana scan tersebut tidak menunjukkan sebarang darah beku dalam paru- paru saya. 

Di ICU, saya dipantau dengan teliti. Saya amat bersyukur kerana dirawat oleh pasukan doktor Intensivis dan doktor pakar penyakit berjangkit terbaik dalam hospital. Pakar ICU Intensivis, Dato Lim dengan tidak leka akan memberi setiap butiran perkembangan harian keadaan saya kepada ibu bapa saya. Beliau juga akan memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk tidak mengalah setiap kali apabila beliau berjumpa saya. 

Saya masih ingat dengan jelas, satu malam di ICU (Hari ke-5 di ICU, jika tidak tersilap), saya hampir mengalah kerana saya mengalami kesukaran bernafas, dengan batuk yang teruk, dan SPO2 saya sekitar 85% sahaja, pada mass itu saya berasa bingung dan gelisah, mereka juga tolong saya, duduk saya dalam kedudukan tripod. Staf ICU juga standby mesin ventilator dekat dengan katil saya. Mereka memberitahu saya bahawa mereka mungkin perlu menggunakkan tiub pernafasan untuk saya jika Spo2 saya semakin merosot kerana saya sudah mendapat sokongan oxygen aliran tertinggi. Tanpa saya tahu, pasukan Anestesia sebenarnya menghubungi keluarga dan isteri saya beberapa jam kemudian dan memberitahu mereka bahawa saya dalam keadaan kritikal, pada masa yang sama, mereka suruh keluarga saya untuk bersiap sedia untuk keadaan yang lagi buruk. Bagaimanapun dengan rahmat Tuhan, saya berjaya mengharungi malam itu dan sejak hari itu saya mempunyai keberanian untuk terus berjuang kembali. Setelah tinggal 13 hari di ICU, tidur dalam keadaan rawan dengan pengambilan darah yang banyak dan xray dada yang banyak, dos methylprednisolone yang tinggi, dos IV Vit C yang tinggi, Vitamin C oral, Vitamin D oral, antiviral (favipiravir), dan IV antibiotik untuk merawat radang paru-paru, saya mula menunjukkan sedikit perkembangan positif. Dan akhirnya pada 23/12/2020 saya telah dipindahkan ke wad biasa semula. Badan saya telah cukup sihat Dan tidak lagi memerlukan rawatan rapi. 

Setelah kembali ke wad C19 biasa, saya didorong untuk melakukan ambulasi dan senaman pernafasan dalam secara berkala bagi tujuan mengelakkan risiko darah beku dalam paru- paru dan urat dalam. Pada permulaannya, agak susah untuk saya bergerak kerana otot saya lemah tetapi dengan azam muat untuk sihat semula saya berjaya melakukannya. Pada Hari ke-20 di hospital, saya tidak lagi perlu sokongan oxygen dan saya dapat mengekalkan Spo2 saya sekitar 95% dan ke atas. Tanggal 27 Disember 2020, hari yang paling dinanti-nantikan, setelah 23 hari dimasukkan ke hospital, saya telah diberi kebenaran daripada pihak doktor untuk pulang ke rumah. Walaubagaimanapun saya diberitahu bahawa parameter darah dan xray saya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali ke tahap normal. Semua ini tidak akan berlaku tanpa doa, kasih sayang dan sokongan isteri, keluarga, Tuhan dan kawan² saya. Saya amat bersyukur kerana diberkati dengan sokongan social yang amat teguh. 

Kini sudah sebulan sejak saya discharge dari Hospital, saya masih mengalami sakit sendi, keletihan dan semput apabila saya berjalan jauh atau pantas. Selain itu, stigma masyarakat memainkan peranan penting, ramai orang tidak akan mendekati saya sebab saya seorang ex pesakit C19. Salah seorang kawan saya juga tidak ingin ambil duit baki dari saya, sebab katanya ada Virus dekat tangan saya. 

Nasihat saya kepada semua, tolong jaga SOP. Pakai mask betul², bila ditegur untuk memakai mask, sila turuti. Jaga penjarakkan sosial, selalu cuci tangan. Frontliners sudah buat yang terbaik, malah ramai dah semakin letih dan sakit. 

Akhir sekali, tolong hormati Frontliners, mereka juga insan yang ada keluarga, jika datang ambil swab, tolong jangan marah Frontliners, tolong jangan cakap seperti C19 ini tipu, KKM buat swab saja untuk membuang masa, ataupun ayat2 politik. Tolong jangan memperlekehkan usaha-usaha para frontliners.

Sekian, terima kasih. Stay safe and take care. Kita jaga kita. 

Dr. Dalvin Sidhu


Sumber: Public Health Malaysia

Post a comment

0 Comments