Cium Mulut Adik Angkat, Polis Siasat Lelaki Bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Tular di media sosial sejak beberapa hari lalu video lelaki yang dikatakan usahawan mencium mulut adik angkatnya sebagai tanda kasih sayang. Berita berkenaan tular sehingga mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor dan meminta tindakan segera diambil.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pihak polis kini sedang giat mengesan lelaki tersebut bagi membantu siasatan.

Pihak polis giat mengesan


Pihak polis kini giat mencari lelaki yang dipercayai pengasas kepada produk kecantikan, bagi membantu siasatan berhubung video yang dikongsinya di laman TikTok. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, pihaknya turut sedang mengesan kanak-kanak tersebut berserta saksi kejadian.

Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu, video seorang kanak-kanak lelaki dicium oleh abang angkatnya telah meraih pelbagai respon daripada netizen. Walau bagaimanapun, pemilik asal video tersebut yang memuat naik video itu di laman TikTok telah dinyahaktif akaunya selepas video tersebut tular.

Sumber: Harian Metro

Post a comment

0 Comments