Untuk makluman, semakan iSinar Kategori 1 (status pengeluaran Akaun 1 KWSP) boleh dibuat bermula 4 Januari 2021 ini.
Terbaru, tengah malam tadi KWSP memaklumkan terdapat kesalahan teknikal berhubung paparan status iSinar.
Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.
Semakan kategori 2 boleh dibuat semula bermula jam 8 pagi pada 8 Februari.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan status iSinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my
Cara Semakan iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my
Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:
- Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Sila cari butang SEMAK STATUS
- Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Februari 2021. 8 Pagi
Cara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP
Untuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:
- Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
- Klik pada peti mesej atau inbox
- Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan
Permohonan i-Sinar Kategori 2
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848
0 Comments