Cara Mohon Smartphone, Internet 10GB Percuma Setiap Bulan Untuk Keluarga B40

Wabak pandemik Covid-19 jelas menjejaskan banyak aktiviti kehidupan. Masyarakat diminta untuk hidup dengan norma baharu dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan. Pelajar antara golongan yang terjejas secara langsung oleh kerana tiada lagi kelas fizikal seperti tahun sebelumnya. 

Umum mengetahui Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan garis panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) untuk murid tahun 1 sehingga tingkatan 4. Manakala hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam sahaja dibenarkan ke sekolah. 

Namun tidak semua pelajar mampu meneruskan PdPR oleh kerana beberapa kekangan. Antaranya keterbatasan capaian internet atau tiada sambungan internet di rumah mereka. Lebih menyedihkan ada sebilangan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan tidak memiliki talefon pintar untuk digunakan bagi tujuan tersebut. 

YTL Foundation dengan kerjasama YES 4G tampil menerusi inisiatif tersendiri untuk membantu golongan memerlukan. YTL Foundation menawarkan smartphone percuma kepada pelajar dari keluarga B40, manakala YES 4G pula tampil memberikan internet percuma sebanyak 120GB. 

Cara Untuk Memohon 

Berikut adalah syarat dan cara untuk memohon bantuan ini.

Syarat

  • Ibu bapa mesti penerima bantuan BSAH 2020.
  • Mempunyai anak sekolah kerajaan.
  • 1 keluarga layak terima 1 set telefon percuma sahaja di bawah program ini.

Apa yang bakal dapat?

  • 1 phone + simkad percuma
  • 10Gb sebulan selama 12 bulan.
Layari : https://bpn.hasil.gov.my/ untuk dapatkan status B40 ibubapa, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’


Layari https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-b40/ untuk buat pencalonan.





Nota kaki: untuk pencalonan nama guru saya isi nama sendiri jer. Kalau maklumat suami, boleh isi nama isteri sebagai pencalon..


Alhamdulilah permohonan lulus dan sampai smartphone. Selamat mencuba! Permohonan ini dibuka sehingga 30 Jun 2021

Post a comment

0 Comments