"Bukan Tak Boleh Bantu, Polis bagi 'Hint' Bersebab" Wartawan Kongsi Pengalaman Buat Liputan Di Kawasan Red Zone, Sabah

Semalam tular di media sosial perkongsian individu penceramah bebas, usahawan dan juga dermawan yang dikenali ramai rakyat Malaysia, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih mesra dikenali Ustaz Ebit menyatakan beliau tidak lagi meneruskan misi bantuan di Pulau-Pulau di Semporna, Sabah. 

Menurutnya lagi beliau menangguhkan niat bina sekolah, kerana beliau tidak lagi dibenarkan untuk ke Pulau-Pulau terssebut, sekiranya masih melakukannya. Hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun terhadapnya.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Wartawan Unit Jenayah, Syahril A. Kadir berkongsi pengalaman beliau ketika membuat liputan sewaktu operasi Ops Daulat beberapa tahun yang lalu. 

Tulisnya di facebook

AKU dah lihat sendiri kekejaman puak-puak tentera Sulu masa pencerobohan Lahad Datu dulu. Aku dah lihat sendiri bagaimana mereka menggunakan segala teknik dan kemahiran yang mereka miliki untuk menculik, menyeksa dan membunuh anggota pasukan keselamatan kita.

Sepanjang berada buat liputan di sana, walaupun dikelilingi anggota komando tentera dan unit khas polis, kami wartawan sendiri sedaya mungkin memakai jaket kali peluru dan helmet untuk keselamatan diri.

Kecekapan 'puak-puak' ini jangan pandang rendah, dengan kemahiran menyelam, kemahiran senjata api, kemahiran tipu muslihat dan dengan segala ilmu mistik yang mereka miliki, dengan petik jari saja mereka boleh menculik dan sampai ke tahap membunuh jika mereka mahu.

Justeru bila polis bagi 'hint' tertentu maka paham-paham sendirilah.

InsyaAllah, takde siapa nak halang kita buat kebajikan, tetapi pada masa yang sama jangan ambil mudah soal nyawa dan keselamatan.

Kita mungkin tak sedar, tetapi tak mustahil ada mata yang sedang memerhati dan menunggu masa untuk membuat angkara!


Sumber: Syahril A. Kadir 

Post a comment

0 Comments