Buat 'LIVE' Tengah Tidur, Lelaki Ini Berjaya Raih RM64,760 Dalam Satu Malam

Live di sosial media bukan la sesuatu yang asing lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pelbagai platform sosial media menawarkan fungsi berkenaan antaranya Facebook, Instagram, Youtube, Twitch. Kebiasaanya yang membuat live ini untuk content masing-masing ada yang berniaga, hiburkan penonton dengan main game dan ada juga berinteraksi dengan follower untuk suka-suka. 

Namun siapa sangka seorang streamer di Twitch buat LIVE hanya tunjukkan beliau tidur sepanjang malam. Lebih mengejutkan dengan live tersebut beliau berjaya meraih pendapatan sebanyak 16,000 USD kira-kira RM64,760. Perghh banyak!!!

Menurut LadBible, pemilik akaun dengan nama Asian Andy telah menyiarkan dirinya sedang tidur dan membiarkan penonton memberi sumbangan sepanjang live berlangsung. Melalui setiap sumbangan, para penonton boleh menghantar mesej termasuk audio dari teks-ke-ucapan.

Biarpun ramai yang menyumbang, ada juga antara mereka yang mengambil kesempatan untuk mengganggu tidur Andy dengan menghantar bunyi menyerupai salakan anjing di samping mengarahkan Alexa memainkan muzik yang kuat.

Tulis portal itu, terdapat segelintir penonton yang mengusik kononnya terdapat seseorang di tepi tingkap bersebelahan tempat tidur lelaki berkenaan. Tidak terhenti di situ, Andy mendakwa ada individu yang telah mengesan lokasi rumahnya.

“Saya cuma ingin cuba tidur. Anda akan menakutkan penonton. Sebab saya akan tidur, saya tak tahu apa yang berlaku. Pintu telah dikunci,” katanya kepada individu tersebut.

Post a Comment

0 Comments