Mercun adalah perkara sinonim bagi musim perayaan atau sebarang sambutan. Rasanya kurang lengkap kalau musim perayaan tanpa mercun dan bunga api. Baik hari raya, Deepavali, mahupun Tahun Baru Cina, mercun umpama penambah kemeriahan tersebut.
Namun tidak semua selesa sekiranya mercun dinyalakan pada waktu yang tidak sesuai terutama sekali tengah malam sehingga menganggu waktu tidur. Namun sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk, kita perlu bersabar lebih-lebih lagi pada hari pertama perayaan. Keterujaan dan keseronokan bagi mereka yang meraikannya pasti lebih dari biasa.
Terbaru pelakon utama Rahimah Tanpa Rahim, Ezzaty Abdullah memuat naik di instagram story miliknya tentang rasa kurang senang dengan tindakan kejiranan beliau meraikan perayaan dengan membakar mercun pada pukul 12 30 pagi.
Menurutnya lagi, tindakan tersebut menganggu waktu tidur dan rehatnya setelah seharian berkerja. Berikut adalah screenshot dari instgram story.
Namun, rata-rata warganet berpendapatan perkataan sebegitu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Ezzaty oleh kerana dia seorang public figure selain statement tersebut agak kasar dan berunsur perkauman.