[VIDEO] Terkandas Banjir, Warganet Puji Sikap Penduduk Hulur Kampung Bantuan

Bencana banjir kian memburuk dinegara kita sejak jumaat lalu. Johor & Pahang antara negeri paling terjejas dengan 7112 mangsa di Johor, manakala lebih 9000 mangsa di Pahang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan sementara. Lebih menyedihkan bencana ini telah mengorbankan beberapa nyawa. 

Mangsa yang terlibat dengan banjir bukan sahaja penduduk setempat tetapi ada juga orang luar yang terperangkap akibat jalan yang dinaiki air. Pengguna Twitter bernama Hazidi berkongsi pengalaman terperangkap di Pahang ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Oleh kerana jalan utama tutup, terpaksa melalui jalan kampung.

Apa yang menyentuh hati mereka apabila orang kampung berkenaan berada di tepi jalan hulurkan bantuan dalam bentuk makanan. Sesungguhnya pertolongan tersebut sangat bermakna buat mereka sekeluarga memandangkan keadaan jalan sesak. Mereka berkongsi rasa terima kasih. 

REAKSI WARGANET 








 

Post a Comment

0 Comments