[VIDEO] "Tak Semua Mampu" - Hafiz Mahamad Belanja 100 Orang Food Rider 'Swab Test'

Jika sebelum ini usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad pernah tular kerana membantu arwah sahabatnya dari mula sakit sehingga ke detik terakhir. Kisah persahabatan mereka berdua tular sehingga ke negara jiran Indonesia.

Terbaru Hafiz menerusi satu posting instagram beliau memaklumkan untuk menampung perbelanjaan 100 individu untuk melakukan 'Swab Test' memandangkan penularan virus COVID-19 makin membimbangkan di Malaysia. 

Menurutnya, tidak semua yang mampu untuk membelanjakan sekitar RM200-RM300 untuk menjalani swab test berkenaan. Tambahnya lagi, ujian itu penting untuk para penghantar mengetahui keadaan kesihatan mereka memandangkan mereka terdedah kepada ramai orang.

“Esok saya nak bantu 100 orang untuk buat swab test. Minta doa sahabat semua, ada sebab saya buat. Swab test harga RM200-300. 

“Bukan semua yang mampu & mereka tak tahu macamana keadaan mereka. Saya kesian sangat bila dengar ada yang cakap ‘nak buat mcmana bang, ok tak ok kami kena kerja mcm biasa sebab nak buat swab pun kami kena perah tenaga.

“InsyaAllah, apa sedikit yang ada saya cuba bantu sebab awak semua sahabat-sahabat saya,” tulisnya pada kapsyen posting.

Alhamdulillah Moga Dimewahkan Rezeki 

Di ruangan komen ramai mendoakan urusan tersebut dipermudahkan, dan mendoakan Hafiz dimurahkan rezeki setelah apa yang disumbangkan. 

Pengguna media sosial membanjiri ruangan komen, memuji tindakan usahawa tersebut kerana sering melakukan amal kebajikan sekaligus menjadi contoh ikutan kepada orang ramai.




Post a comment

0 Comments