Setiap kali menjelang tahun baru, pasti ramai yang mempunyai azam untuk menjadi insan lebih baik berbanding sebelum ini. Ini termasuk penyanyi, Zizi Kirana yang sebelum ini telah mula mengubah penampilan menjadi lebih sopan dan memadam foto yang agak keterlaluan di laman media sosial miliknya.
Terbaru, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil memuat naik satu video di aplikasi Tiktok yang memaparkan dirinya sedang membaca kitab suci al-Quran dengan lancar dan sangat merdu.
Video berdurasi 22 saat itu mendapat lebih 600 000 tonton dan lebih 108 000 likes selepas 15 jam dimuat naik. Rata-rata warganet cukup teruja dengan penampilan dan menanti video penuh tersebut.
Akan terus belajar lagi
@kir4n4 Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut 😬 InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ❤️ ##RahsiaRamadhan
♬ original sound - Zizi Kirana
Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 35 tahun itu tidak kekok bertaranum di atas pentas meskipun sedikit gementar kerana itu merupakan pertama kali dia tampil mengaji di kaca televisyen.
“Pertama kali tampil mengaji di kaca televisyen, mahu tercabut lutut. InsyaAllah saya akan terus belajar lagi,” corentnya di kapsyen.
0 Comments