[VIDEO] Pengguna Kecewa, Dakwa Sikap Pekerja Kurier Punca Barangnya Rosak. Netizen Sekolahkan Pembeli

Di Malaysia terdapat beberapa syarikat kurier penghantaran yang beroperasi. J&T merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkenaan. Ramai penjual dan pembeli menggunakan servis dari J&T oleh kerana prosesnya cepat dan harganya murah serta berbaloi. 

Namun begitu, semalam tular di media sosial Twitter video berdurasi seminit tiga saat yang mendakwa barangan yang diterima rosak oleh kerana kecuaian pengendalian ketika proses penghantaran dibuat. Dalam video yang meraih lebih 800 ribu tonton itu. Pembeli menyalahkan pihak J&T dengan apa yang telah terjadi. 

Post berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari netizen dengan lebih 9 ribu retweet. Walaubagaimanapun, netizen menyifatkan perkara tersebut bukan salah J&T sebaliknya salah penghantar oleh kerana tidak menggunakan bubble wrap selain bungkusan berisi susu segar yang banyak itu langsung tidak dibungkus dalam kotak serta dilekatkan sticker 'Fragile'. Ia menjadi punca utama barangan berkenaan rosak. 

Selain daripada itu pengguna lain turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan perkhidmatan J&T dan segalanya baik-baik sahaja. 


Difahamkan, pemilik asal video tersebut telah memadamkan video itu setelah dikecam ramai.

Post a comment

0 Comments