[VIDEO] Ibu Arwah Amir Pernah Terima Rawatan Psikiatri, Tapi Bukan Pesakit Mental - Polis

Kematian seorang kanak-kanak di Melaka benar-benar meruntun hati seluruh rakyat Malaysia. Kejadian tersebut dilaporkan terjadi pada Jumaat yang lalu. Lebih menyedihkan kematian Zubaidi Amir Kusyairi Abd Malik atau Amir didakwa berpunca daripada penderaan keluarga kandung sendiri kerana mayat ditemui dengan beberapa kesan lebam. 

Sebelum ini, kisah arwah pernah tular kerana video perpisahan bersama keluarga angkat menyentuh hati warga maya. Pada video berkenaan dapat dilihat pelukan erat dan kasih sayang utuh keluarga angkat pada arwah kira-kira tiga bulan lalu. Arwah Amir dijaga dan dibesarkan oleh keluarga angkat sejak berusia dua bulan. 

Namun semalam tular di media sosial twitter mendakwa keluarganya pernah menjaga ibu arwah amir semasa melahirkan dan menyatakan ibu arwah adalah pesakit mental.

Ibu Mangsa Dera Pernah Terima Rawatan Psikiatri

Sehubungan itu, pihak polis dalam laporan Buletin 1.30 menyatakan bahawa ibu Amir pernah menerima rawatan Psikiatri namun, rawatan yang diterima pada 2019 itu hanyalah rawatan biasa, bukan sebagai pesakit mental sebagaimana yang didakwa di sosial media.

Post a Comment

0 Comments