[VIDEO] Gadis Fitnah Neelofa, PU Riz Tampil Mohon Maaf

Kuala Lumpur: Individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai hubungan pendakwah bebas, PU Riz dan pengacara, Neelofa pada 26 Disember lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Wanita yang dikenali sebagai, Syamira Safiya menerusi rakaman video yang dihantar kepada Harian Metro berkata, segala yang disebarkan di laman Twitter adalah fitnah.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Encik Haris atau PU Riz dan keluarga di atas segala tuduhan yang dilakukan. Saya sedar bahawa segala tuduhan ini banyak bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.

"Saya sangat menyesal dengan fitnah yang saya mulakan di media sosial. Saya sangat berharap agar Encik Haris dan sekeluarga dapat memaafkan saya seikhlasnya," katanya.

NEELOFA, PU RIZ MAAFKAN

Susulan daripada itu, Neeloda dan PU Riz berkongsi dalam instagram story, mereka memaafkan gadis tersebut seikhlas hati mereka.





Di Instagram Story, Neelofa memuat naik satu posting bahawa dia sudah memaafkan gadis tersebut seikhlas hatinya. Tambahnya, gadis itu masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh. Ujar Neelofa lagi, meskipun kontroversi tersebut sangat pahit buat dirinya, dia menganggap perkara yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersirat.

Setuju!


Sementara itu, posting yang dimuat naik oleh Neelofa itu turut dikongsikan oleh PU Riz di Instagram Storynya. Menurut PU Riz, dia bersetuju dan mengambil pendekatan yang sama iaitu memaafkan gadis tersebut meskipun dia dan keluarga telah difitnah di media sosial sejak minggu lalu.

Jelasnya lagi, mereka sekeluarga menganggap gadis tersebut telah sedar dengan kesilapan dan tindakan yang dilakukan. Oleh itu, mereka bertindak memaafkan gadis itu. Ujarnya lagi, gadis tersebut juga telah tampil meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama. PU Riz juga berharap tidak ada lagi perkara berbangkit selepas ini.

Mengulas mengenai status hubungan PU Riz dengan Neelofa, kedua-dua belah pihak masih belum memberikan sebarang komen dan ianya akan terjawab sebaik sahaja keluarga kedua belah pihak mencari titik penyelesaian.

Sumber: Harian Metro, Neelofa & PU Riz



Post a Comment

0 Comments