[VIDEO] Detik Cemas 9 Maut, Kenderaan Jatuh Sungai Di Sarawak


Betong: Sembilan dipercayai sekeluarga lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar berhampiran Jeti Feri Triso, Beladin di sini, semalam.

Difahamkan, kesemua sembilan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan terbabit sebelum dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah tidak sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi yang terletak lebih 60 kilometer dari balai.

Menurut wartawan TV3, Redzuan Abdul Manap dalam satu tweet. Mangsa difahamkan dalam perjalanan ke Kuching untuk menghantar anak ke sekolah agama. 


Senarai Mangsa Terkorban



Post a Comment

0 Comments