[VIDEO] Cara Tukar Smartphone Jadi Webcam Komputer. Senang je!

Berikutan penularan wabak COVID19 yang masih meningkat di seluruh dunia dan Malaysia khususnya. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan proses pembelajaran dan pembelajaran PdPR dilaksanakan di rumah. 

Namun begitu ada sebilangan pelajar mengalami kesukaran untuk berinteraksi bersama guru oleh kerana kekurangan pada peranti mereka. Bagi mereka yang mengguna Laptop mungkin tidak berdepan masalah, tetapi bagi pengguna desktop berdepan masalah oleh kerana tiada webcam tersedia. 

Untuk pengetahuan, harga peranti webcam melonjak sejak dari tahun lepas oleh kerana permintaan terhadapnya tinggi. 

Berikut adalah cara untuk tukar smartphone jadi webcam komputer. Cara ini boleh digunakan pada dua sistem operasi Android, mahupun iOS. 

1. Download dan install apps IriunWebcam pada smarphone anda. 

2. Download dan install software Iriun pada desktop anda


Selesai install. Pastikan Connect komputer dan smartphone connect dengan wifi yang sama. 



Buka apps Iriun pada phone dan buka juga software Iriun pada komputeR. Done! Dah siap, apa yang dirakam pada phone akan terpapar di komputer.

Boleh guna untuk Google Meet atau nak Zoom. By the way, cara ini boleh juga digunakan untuk laptop yang rosak webcam atau saje nak try guna external webcam. haha selamat mencuba!

Kalau ada pertanyaan boleh tinggalkan dekat ruang komen, nanti minmin reply. PS jangan lupa share article ni. 

Post a comment

0 Comments