Tidak Berhenti Beri Bantuan, Ebit Lew 1000 Set Makanan, 100 Kerusi Roda & 200 Tablet Ke Sabah

Individu yang dihormati ramai Ustaz Ebit Lew tidak pernah lekang dengan sedekah. Tanpa mengira latar belakang, warna kulit mahupun agama yang dianuti. Sesiapa sahaja yang dalam kesusahan pasti dibantu semampunya. Dia di ibaratkan hero dihati rakyat Malaysia. 

Terbaru baru Ustaz Ebit Lew menghantar sejumlah besar keperluan asas seperti makanan, kerusi roda dan tablet untuk rakyat Sabah. Dikhabarkan 1000 set makanan, 100 buah kerusi roda 200 unit tablet samsung serta 75 ribu pelitup muka. Wow!!  

Perkara itu dikongsi dalam satu posting facebook Ustaz Ebit Lew! Menurutnya lagi beliau turut meluahkan rasa syukur kepada syarikat My Jet dan Zen Aviation yang menaja sebuah kapal bagi proses penghantaran bantuan tersebut.

Terima kasih terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami. Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua. 

Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines. Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri special rate buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih dengan apa yang telah di sumbangkan Ustaz Ebit Lew.  


 

 

Post a comment

0 Comments