Suami Hanyut Dibawa Arus, Ketika Cuba Selamatkan Isteri Mengandung Terperangkap Dalam Kereta

Kluang: Seorang lelaki terpaksa mencecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isteri sebelum dia hanyut bersama kenderaan itu dalam kejadian bnjir di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang sabtu.

Ketua PoIis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kejadian dilaporkan oleh isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, jam 5.30 pagi tadi di Balai PoIis Kahang.

Katanya, pengadu bersama suaminya, Md Rajihan Junaidi, 28, dalam perjalanan dari Mersing menuju ke bandar Kluang.

“Ketika sampai di Batu 18 Jalan Kluang – Kahang, jam 5.30 petang semalam, pasangan itu dikatakan meredah banjir di kawasan berkenaan.

“Di pertengahan jalan, kereta dinaiki tiba-tiba dibawa arus deras ke kanan laluan menyebabkan suaminya mencecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan pengadu,” katanya melalui kenyataan kepada media.

Hang Seng berkata, pengadu diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian namun suaminya dikatakan hanyut bersama kenderaan dinaiki.

Apa yang lebih memilukan mangsa dan isteri baru melangsungkan pernikahan Julai tahun lepas dan isteri mangsa dikhabarkan sedang hamil.

“Usaha mengesan mangsa bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang sedang giat dilakukan hari ini namun masih gagal menemui mngsa,” katanya.



Pengguna media sosial yang dikenali Jaffre Jamal terlibat dalam menyelamatkan isteri mangsa berkongsi kisah berikut.





Kereta sahaja ditemui

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek, kereta mangsa telah ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa. Kereta dapat dijumpai namun mangsa tiada di dalam kenderaan.

Sehingga kini, mangsa masih belum ditemukan. Walaupun begitu, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sumber: Harian Metro, Jafree Jamal, Utusan Malaysia, Kosmo

Post a Comment

0 Comments