Saintis Mendapati Bumi Berputar Lebih Pantas, Tahun 2021 Jadi Lebih Singkat


MASA berlalu dengan sangat pantas, jika kita tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Namun, melangkah masuk ke tahun 2021, fenomena masa yang berlalu pantas ini seolah-olah dirasai oleh semua orang, dan termasuk para saintis.

Saintis dari National Physics Laboratory, Peter Whibberley turut menyokong dakwaan tersebut dengan mendedahkan bahawa bumi kini sememangnya berputar dengan lebih pantas.

“Bumi telah berputar pada paksinya lebih cepat daripada lima dekad.

“Tahun 2020 telah menyaksikan beberapa hari terpendek yang tercatat dalam sejarah, dengan tahun 2021 diramalkan akan menjadi lebih pendek.

"Sudah tentu benar bahawa Bumi berputar lebih cepat sekarang daripada pada 50 tahun terakhir," dakwa Whibberley.

Para saintis memperlihatkan Bumi menyiapkan satu putaran dalam tempoh 1.4602 mili saat kurang daripada tempoh kebiasaannya iaitu pada 86,400 saat.

Oleh itu, dianggarkan tiap hari pada tahun 2021 ini dijangka lebih pantas sebanyak 0.05 milisaat daripada 86,400 saat yang biasanya membentuk jangka waktu 24 jam dalam sehari.

Secara saintifiknya, kelajuan putaran Bumi sentiasa berubah-ubah kerana pergerakan kompleks melibatkan, lautan, dan kesan benda langit, termasuk Bulan.

Kesan pemanasan global dan kepulan salji yang terkumpul di gunung juga sering mempengaruhi kelajuan putaran bumi.

Sejak tahun 2020, satu hari penuh memakan masa kurang daripada 24 jam, dengan 19 Julai dinyatakan sebagai hari terpendek mengikut kepada rekod pada tahun 1960-an.

Post a comment

0 Comments