Resepi Tortilla Chicken Wrap Mudah Ini Viral Di Media Sosial

Siapa sahaja tidak suka makanan sedap dan cara penyediaan pula mudah. Ini la yang membuatkan menu Tortilla Chicken Wrap ini tular di media sosial. Perkongsian menu ini dibuat oleh Siti Husni. 

Berikut adalah resepi dan cara penyediaan. Jom kita buat!

Bahan-bahan:


  • roti tortila jenama mission/gardenia
  • nugget tempura jenama apa tak kisah, saya pakai ramly. 
  • sos cili/tomato
  • mayonis
  • sos cheezy nachos
  • sos blackpaper
  • sos thousand island (optional kalau korang suka rasa masam2 sikit bolehla letak)
  • salad, tomato, timun, carrot,bawang holland

Cara-cara:


  • Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh. bakar kejap je dlm 2-3 min jangan sampai roti garing pulak nanti susah nk balut kalau keras 
  • Goreng nugget sampai garing. Lepastu potong nugget kecik-kecik macam dalam gambar tu ye.

  • Potong atau sagat je carrot dan timun panjang2, pastu bawang holland potong nipis2. 
  • sediakn roti tortilla, letak salad, timun, carrot, tomato, nugget, lepastu baru tuang sos2 yang ada ikut citarasa korang la nk letak banyak mana. balut then dah siap!!!

Nota: kalau taknak terbuka wrap tu korang boleh cucuk dengan lidi kecik tu. baru kemas terletak wrap tu.

Kredit: siti husni



Post a Comment

0 Comments