Resepi Spaggeti Aglio Olio Pantas, Mudah, Ringkas dan Sedap!

Demi hampa, sanggup cedok bubuh dalam pinggan nuu. Lambat lagi weyy nak berbuka. Hahahah..Haishhh laa leleh ayaq liuq

Di sini saya update resepi spaggeti cara saya yer. Maaf kalau ada kurang.

Bahan-bahan


1 paket spaggeti
10-15 ekor udang
5-6 ekor sotong
2 batang sosej
bawang putih 4 ulas
1 sudu chili flakes
1 sudu lada hitam
3 sudu srbuk oregano
5 biji cili kering
1 kiub ayam
2 keping cheese
Tomato
Lada benggala

Cara-cara

1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.

2) Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.

3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.

4) Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.

5) Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan 

Kredit : Nafsiah Rahim

Post a comment

0 Comments