Rahimah Tanpa Rahim, Drama Sedih Mengangkat Kisah Duka Wanita Kurang Bernasib Baik

Tular di media sosial baru-baru ini ejekan dari pengguna media sosial terhadap drama terbaru Rahimah Tanpa Rahim yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula 22 Januari 2021 lalu. Namun, drama ini sebetulnya mengangkat kisah duka wanita kurang bernasib baik yang dilahirkan tanpa rahim.

Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai doktor Syahr Musafir tajuk ‘wanita tanpa rahim’ tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka memandangkan sindrom Mayer-Rokitansky-K├╝ster-Hauser (MRKH) ini wujud yang berlaku pada wanita yang mungkin ramai tak tahu.



Mungkin ramai yang tak tahu tentang sindrom Mayer Rokitansky Kuster (MRKH) kerana ianya jarang dibincangkan secara terbuka. Sindrom ini merupakan masalah wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Bagaimanapun, tajuk tersebut dijadikan bahan gurauan pengguna media sosial sehinggakan ada yang memberi komen-komen yang boleh mengguris perasaan seorang wanita

Apa itu MRKH?

MRKH adalah ‘gangguan’ yang berlaku pada wanita dan terutamanya mempengaruhi sistem pembiakan. Keadaan ini menyebabkan vagina dan rahim tidak berkembang sepenuhnya atau absent (tiada), walaupun alat kelamin (faraj) luarnya normal.

Wanita yang menghidapi keadaan ini kebiasaannya tidak datang haid kerana ‘tiada rahim’. Selalunya, tanda pertama sindrom MRKH adalah bahawa haid tidak bermula pada usia 16 tahun (amenorea primer). Wanita dengan sindrom MRKH mempunyai corak kromosom wanita (46, XX) dan ovari yang berfungsi normal.

Menurut doktor ini lagi, wanita yang alami sindrom ini tidak dapat mengandung dan mungkin dapat melahirkan anak melalui bantuan pembiakan melalui rawatan perubatan moden. Tambahnya lagi, selain MRKH, terdapat ‘gangguan’ genetik yang lain yang memberi ‘maksud’ seperti wanita tanpa rahim.

Contoh lain adalah sindrom Swyer (Swyer sindrome). Wanita yang menghidapi sindrom Swyer mempunyai alat kelamin luaran wanita yang normal. Wanita ini mempunyai kromosom X dan satu kromosom Y, iaitu kromosom yang biasanya dimiliki lelaki. Pelik tetapi benar, wanita mempunyai 46XY yang biasanya dimiliki lelaki.

Tambah beliau lagi, bayi yang lahir dengan sindrom Swyer biasanya dibesarkan sebagai kanak-kanak perempuan dan mempunyai identiti jantina wanita. Oleh kerana mereka tidak mempunyai ovari yang berfungsi, diagnosis awal membolehkan untuk memulakan terapi penggantian hormon semasa remaja untuk mendorong haid dan perkembangan ciri seks sekunder wanita seperti pembesaran payudara dan pertumbuhan rahim untuk membolehkan hamil dan sebagainya.

Hormati wanita



Akhir sekali, doktor ini menasihati orang ramai agar menghormati wanita kerana ini merupakan penyakit dan bukanlah satu kekurangan. Ini merupakan keunikan buat mereka dan diberikan ujian oleh Allah.

Jangan hina wanita-wanita sebegini. Mereka boleh jadi anak perempuan kamu, isteri kamu, cucu kamu, adik perempuan kamu. Jangan hina!

Jangan lupa tonton drama terbaru ini bagi menggantikan drama Bidadari Salju. Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mulai siar pada pada Jumaat ini jam 7 malam. Drama ini menggandingkan pelakon Azlee Khairi dan Puteri Aishah sebagai terajui utama. 

Sumber : Dr Syahr Musafir

Post a comment

0 Comments