Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksanakan Semula di 6 Negeri Bermula 13 Hingga 26 Januari 2021

Desas desus berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hangat diperkatakan sebahagian besar rakyat Malaysia oleh kerana pertambahan kes dan penularan wabak COVID19 yang semakin membimbangkan di negara. Hal ini lebih merisaukan apabila kes harian tertinggi di Malaysia mencecah angka 3027 kes sehari pada 7 januari lalu, ini telah meningkatkan kadar keboleh jangkitan atau R Naught melebihi 1.1 iaitu jauh dari sasaran 0.5. Dalam pada itu sepanjang 10 hari di tahun 2021, sebanyak 80 kes kematian direkodkan. 

Unjuran kes dijangka boleh meningkat sehingga 8000 kes sehari sekiranya tidak membendung secara menyeluruh. Ia akan membebani tugas frontliner. Lebih 1400 frontliners telah dijangkiti wabak COVID19 ini dan terpaksa kuarantin.

Ramai sedar hanya PKP sahaja yang mampu untuk mendatarkan lengkung penyebaran sebagaimana yang pernah dilakukan pada Mac hingga Jun tahun lalu. 

YAB Perdana Menteri dalam satu sidang media khas sebentar tadi telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berkuatkuasa 13 Jan 2021, 12:01pagi sehingga 26 Jan 2021 di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka, Sabah. 


Manakala Perintak Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan. Sarawak dan Perlis pula perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN. 
"Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja. Bagi tujuan membeli barangan keperluan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama."
"Sepanjang pelaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away manakala bagi kawasan PKP-B dan PKP-P, kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan."
"Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat." 
"Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali."

Berita lanjut dan SOP lengkap Perintah Kawalan Pergerakan akan menyusul...

Post a comment

0 Comments