
Semalam, kita dikejutkan dengan berita permohonan ibu Neelofa, Noor Kartini yang mahu ‘trademark’ nama Harimau Menangis di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Sudah pasti, daging ‘Harimau Menangis’ cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang sering berkunjung ke Thailand. Akan tetapi, Instastory yang dimuatnaik oleh Noor Kartini mendapat perhatian netizen apabila dirinya memberitahu selepas ini tiada peniaga kecil dapat menggunakan nama ‘Harimau Menangis’ itu.
So adakah KPI kita untuk PKP 2.0 kali ni untuk cyberbully Kardashians Kelantan? pic.twitter.com/yC5o4bxC0V
— 𝒶𝓁𝑒𝓁 🧡 (@AzlilAdzif) January 13, 2021
Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yg start nama tu. Business tak business, sekarang musim covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni.
— Haqim (@azrulhaqim) January 12, 2021
trademark “harimau menangis” tu high chances tak lulus sebab common words tapi aku still takkan beli apa-apa product family dia dah sbb ada attempt tutup rezeki org lain, attempt monopoly ‘branding’ yang bukan dia yg cipta pun
— bart (@bartbhrdn) January 13, 2021
org kaya opportunist biadap
Bantahan boleh dibuat melalui https://t.co/OEKlLwqJnp
— KEEM (@keemmazni) January 13, 2021
under category Trademark & Geographical Indications dan priority as High
Ini contoh aduan, sertakan maklumat cap dagangan tersebut.
Hapuskan kapitalis. pic.twitter.com/Rbl9OxYZUh
Video tersebut mengundang kemarahan netizen dan rata-rata netizen mula mahu membuat bantahan dengan email kepada MyIPO. Bahkan, ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan permohonan tersebut akan ditolak kerana nama Harimau Menangis itu sudah digunapakai sejak dahulu kala.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat tindakan beliau akan membunuh peniaga-peniaga kecil yang menjual produk sama. Malah, para netizen turut tidak berpuas hati dengan tindakan ibu Neelofa itu.
Apakah pula pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah anda bersetuju jika nama Harimau Menangis ini dipatenkan?
0 Comments