
KLUANG – Mangsa yang hilang dihanyutkan air deras di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang Sabtu lalu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) petang hari ini.
BACA JUGA: Suami Hanyut Dibawa Arus, Ketika Cuba Selamatkan Isteri Mengandung Terperangkap Dalam Kereta
Mayat Md. Rajihan Mohd. Junaidi, 28, dijumpai pada pukul 5.15 petang kira-kira 15 meter dari lokasi kereta Proton Waja yang ditemui petang semalam.
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sidek, anggota SAR melakukan operasi dengan cara menggodak kawasan itu sebelum mayat mangsa timbul.
“Mayat mangsa kemudian dinaikkan ke bot pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat.
“Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Sabtu lalu ditutup kira-kira 6 petang tadi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Tags:
Terkini