Kerajaan Bagi Baucar RM200 untuk Beli Barang Elektrik Jimat Tenaga! Mohon Sekarang!


Bermula 1 Januari 2021, kerajaan menyediakan sejumlah RM30 Juta untuk diberikan kepada warganegara Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai pengguna barangan jimat elektrik. Kerajaan menjangkakan sebanyak 140,000 isi rumah bakal menerima manfaat SAVE 2.0 yang telah diumumkan  dalam bajet 2021 yang lalu!

Bagi merialisasikan program SAVE 2.0 tersebut, kerajaan memberi E-Rebat bernilai RM200 untuk rakyat membeli peralatan jimat tenaga elektrik. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata program ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan memulihara alam sekitar.

Program ini kini dibuka untuk memohon! Jom apply sekarang!

Cara-Cara Memohon SAVE 2.0


Inisiatif ini adalah usahasama Kerajaan Malaysia, SEDA, Suruhanjaya Tenaga dan Shopee sebagai platform pembelian. Kupon yang akan diterima perlu digunakan untuk membeli penghawa dingin dan peti sejuk 4-bintang atau 5-bintang di Shopee!

NOTA: Hanya boleh digunakan untuk membeli penghawa dingin dan peti sejuk!

Anda mesti membuat permohonan melalui Shopee! MOHON disini: SAVE 2.0 RM200 Voucher

Syarat Pemohon

  • Mesti warganegara Malaysia
  • Mesti pengguna TNB, SESB atau SEB
  • Setiap akaun bil elektrik hanya dapat satu kupon
Setelah permohonan dibuat. Keputusan akan diberitahu dalam tempoh dalam 14 hari bekerja, dan sekiranya permohonan anda berjaya, E-Rebet akan di kreditkan kedalam akaun Shopee Pay! Kemudian, anda boleh mula membeli penghawa dingin, peti sejuk jimat tenaga 4-bintang atau 5-bintang!



Cepat dan mohon sekarang! Bilangan kupon adalah terhad, Peralatan penjimatan tenaga menanti anda!

Tarikh permohonan: 1 Januari 2020
Link memohon: SAVE 2.0 RM200 Voucher

* gambar hanya rujukan
* tertakluk kepada terma & syarat

Post a Comment

0 Comments