Kacak, Popular, Tiada Kontroversi - Ramai Kagum Kesetiaan Edika Yusof Jaga Isteri Lumpuh

Edika Yusof nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Kisah pengorbanannya yang setia menjaga isteri iaitu Hidayah yang lumpuh separuh badan pernah menjadi perhatian ramai. Isteri Edika mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka.

Terbaru, pelakon Maria Mariana ini memuat naik sebuah video dan menitipkan ucapan romantis buat isterinya itu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-18. Sweet!

Video yang singkat itu menyaksikan pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-18 dengan bersalaman dan meniup lilin pada sebiji kek. Sementara itu, Edika turut meluahkan rasa gembira dan bertuah di samping seorang isteri tercinta.

I’m the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy Anniversary dear wife.

Rata-rata rakan artis dan pengikut mendoakan bahtera perkahwinan mereka berkekalan selama-lamanya. Bukan itu sahaja, ramai juga yang kagum dengan pengorbanan dan kesetiaan Edika menjadi seorang isteri yang lumpuh itu.

Ucapan dari peminat



Sumber: Edika Yusof, Media Hiburan


Post a Comment

0 Comments