Hidup Cuma Tadah Air Hujan, Ebit Lew Sumbang 12 Tangki Air Untuk Kampung Tanjung Labian

Ebit Lew individu yang menang di hati rakyat malaysia. Beliau sentiasa memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan kaum dan agama yang dianuti. Setiap sumbangan yang di buat sentiasa menginspirasikan masyarakat. 

Seperti yang kita ketahui, ketika ini Ustaz Ebit Lew terbang ke Sabah untuk membantu mereka yang memerlukan disana. Menerusi perkongsian terbaru beliau di Facebook, beliau berkongsi kisah kesengsaraan yang dihadapi masyarakat di Kampung Tanjung Labian yang hidup dengan menggunakan air hujan.


Sayu rasa hati bila sampai kampung Tanjung Labian. Mereka tiada bekalan air. Cuma harapkan air hujan. Ada 350 buah rumah disini. 
Saya belikan dan hadiahkan 12 tangki air diberikan pada mereka. Tak terbayang rasa bagaimana selama ini tadah air hujan. Dengan tong-tong. Banyak rumah tiada tangki air. Saya tanya beberapa kali sebab macam tak percaya. Kasihan mereka. Beberapa rumah mereka hari tu meletup musnah masa serangan Tandou 2013.  
Rasa bersalah. Sedang kita menikmati air. Mereka tidak pernah ada bekalan air. Cuma tadah air hujan. Semoga dimudahkan buat semuanya.





 

Post a comment

0 Comments