Hanya Berjalan Kaki Dalam Hujan Hantar Pesanan Pelanggan, Kisah Walker Food Panda Ini Undang Sebak

Kehidupan dalam dunia yang berdepan virus Covid19 sekarang ini sangat mencabar. Ribuan orang kehilangan pekerjaan oleh kerana syarikat terpaksa menutup operasi mereka. Mahu tidak mahu golongan ini terpaksa merebut apa sahaja peluang atau pekerjaan yang ada, supaya mereka memperoleh sumber pendapatan meskipun menghadapi pelbagai kesusahan. 

Tular di media sosial sejak semalam, perkongsian pengguna facebook bernama Solihah Md Radzi yang bercerita mengenai Walker Food Panda.

Join Food Panda Walker Terkesan Sebab PKP

Adik nie nama nya Lin, muda lagi baru 22 Tahun. Tak ada kenderaan apa2, so dia join food panda walker untuk cari kerja. Terkesan disebabkan PKP. 

Bella & suami dia serta beberapa org geng foodpanda ada buat collection utk beli kan basikal utk adik Lin. Alhamdulillah collection depa dah cukup dan tunggu nak beli basikal utk adik Lin nanti. Nak di jadikan cerita malam tadi singgah beli makan solihah & baru nak sembang dengan husband mengenai adik Lin.

Galas Bag Dalam Hujan


Tak sangka Allah temukan kami, dalam keadaan hujan solihah nampak dia berjalan kaki sambil galas beg food panda. Ya Allah sedih sgt2. Terus mintak husband uturn parking terus dekat dgn adik Lin.

Solihah jumpa dia dalam keadaan baju dia basah kuyup, nampak air mata dia macam menangis.

Dalam keadaan macam tue tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang2. Perempuan pulak tue dengan hujan. So, kami tumpangkan adik Lin naik sekali walau pada mulanya dia agak segan, then terus bawak dia ke rumah customer. 

Minta Maaf, Takut Basahkan Kusyen Kereta


Berkali-kali adik Lin mintak maaf takut menyusahkan kami. Takut basahkan kusyen kereta sebab baju dia basah. Ya Allah dik sesungguhnya malam ni Allah memang nak takdirkan kami bertemu adik Lin sebagai pengajaran utk kami. Biar lah kusyen kereta tue basah nanti kering lah sendiri. 

Sepanjang dalam kereta, cuba berborak dgn adik Lin, bayangkan jam 11 pagi dia berjalan kaki daripada taman seluang ke giant dan seterusnya ke rumah-rumah customer dia, jam 8 malam dia akan stop dan balik. Sebelum tue dia akan ke bank utk bank in duit. Lepas bank in baru dia balik guna grab car.

So, lepas hantar makanan ke rumah customer, kami bawak dia ke bank. Dah selesai terus kami bawak dia beli makanan malam, katanya tak makan lagi. Dah tapau makanan kami tumpangkan dia hantar ke rumah adik lin. 

Balik rumah sambil type posting nie rasa sebak sangat. Umur 22 Tahun dia dah lalui kehidupan yang mcm ni untuk cari rezeki yang halal. Kak solihah dan suami doakan Semoga Adik Lin Kaya dan Berjaya satu hari nanti. Jangan patah semangat! InsyAallah Allah sentiasa bersama kita, yang penting cari kerja yang halal.

Ya Allah kau pelihara keselamatan Adik Lin ini daripada segala perkara yang membahayakan beliau dalam mencari rezeki.

Ya Allah Kuat Sungguh Dia

Menjengah ke ruangan komen post berkenaan, warganet berkongsi rasa kagum dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan adik Lin. Selain itu, ada diantara mereka meluahkan untuk membantu adik Lin dengan memberi batuan motosikal



Selesai, Dapat Basikal



Sumber: Solihah Md Radzi

Post a comment

0 Comments