Ebit Lew Kagum Lihat Keprihatinan Tengku Hassanal Hulur Bantuan Banjir

Bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia sudah pasti memberi impak yang besar terutamanya kepada mangsa yang terlibat. Terdapat banyak kawasan dinaiki air dan memutuskan jalan utama di beberapa kawasan. 

Semalam, Ebit Lew telah turun padang dan sanggup mengharungi banjir demi membantu mangsa banjir yang terjejas di sekitar Kuala Lipis, Pahang.

Bersama bantu rakyat Pahang


Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi Ebit Lew, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Shah juga turut turun padang bersama memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Syukur hari ini bersama KDYMM Tengku Hassanal Pemangku Raja Pahang memberi bantuan banjir. Sebak sayu rasa melihat kesungguhan beliau. Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai. 

Menurut beliau, Pemangku Raja Pahang itu sanggup keluar awal pagi sehingga larut malam dengan membawa wang tunai sebanyak RM500,000 untuk diberikan kepada mangsa banjir. 

Baginda begitu bersungguh menghulurkan bantuan tanpa mengira penat untuk memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat. 

Kagum dengan Tengku Hassanal

Sewaktu mereka makan bersama, Tengku Hassanal dan Ustaz Ebit Lew juga sempat berbincang berkenaan keadaan rakyat Pahang yang menghadapi ujian yang berat ini.

Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang. Allahuakbar. Sedih berat ujian. Setiap hari Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut menyatakan perasaan kagum dan malu dengan KDYMM Tengku Hassanal kerana layanan yang begitu baik walaupun baginda dalam keadaan penat selepas membantu dan melawat lebih 20 pusat bantuan dalam sehari.

Selain itu, menerusi perkongsian itu, beliau juga mendoakan agar seluruh Malaysia selamat daripada banjir dan berterima kasih kepada Tengku Hassanal kerana usahanya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Sumber: Ebit Lew.

Post a comment

0 Comments