Ebit Lew 'Borong' 100 Samsung Galaxy Tab untuk diberikan kepada Pelajar Memerlukan

Menyedari suasana pembelajaran dalam norma baharu telah berubah sejak wujudnya virus COVID19. Kesemua pelajar yang tidak menjalani peperiksaan awam dikehendaki mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). 

Berhubung dengan perkara tersebut, ada sebahagian pelajar yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan tidak mampu untuk mengikuti PdPR oleh kerana kekangan beberapa perkara antaranya tiada sambungan internet dan juga tiada smartphone atau laptop dirumah mereka. 

Mahu membela nasib golongan ini, dermawan terkenal Ustaz Ebit Lew tampil dengan inisiatif tersendiri dengan memborong 100 unit Samsung Galaxy Tab untuk disumbangkan kepada pelajar yang benar-benar memerlukan. 

Ustaz Ebit Lew dalam satu posting facebook beliau memaklumkan perkara tersebut. 

Pohon doakan ya. Baru beli 100 biji Tab untuk di hadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Ustaz Orang Hebat

Menjengah ke ruangan komen, rata rata warga maya mengagumi apa dibuat Ustaz Ebit Lew selain mendoakan segala kebaikkannya dibalas Allah kelak.


Boleh Tahan Harga Dia

Screenshot seorang pengguna facebook berkata harga satu unit tab berkenaan sekitar RM599. Berkemungkinan besar Ustaz Ebit Lew telah membelanjakan RM59,900 untuk keseluruhan tab tersebut. 

Post a Comment

0 Comments