MySalam merupakan skim perlindungan masyarakat B40 hasil dari inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia. Skim ini diumumkan dalam belanjawan 2020 yang lalu.
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah mereka yang layak atau berlindung dalam skim perlindungan mySalam ini.
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Jenis pembayaran:
- Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
- Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
1. Pergi google atau playstore, download app Mysalam. Kalau baru tekan log masuk kali pertama. password akan hantar kepada no handphone yang didaftarkan
Setelah log masuk akan keluar tahun 2020 sis kena tahan oleh DR. Untuk dipantau masuk hospital 1 malam. Setahun ada 14 hari jadi sis hanya tinggal 13 hari lagi.
Ini yang dah diluluskan
Ada dua pilihan bergantung kepada jenis tuntutan yang kalian mahukan. Kalau nak tuntut masuk hospital tekan tuntutan Hospitalisasi. Kalau untuk tuntut RM8000 hanya ada penyakit 45 kronik yang disenarai kan.
Ini yang adalah paparan sebelum meneruskan untuk menuntut muat naik pengesahan Dr, surat discaj, salinan IC depan belakang ambil gambar dan hantar
Tekan muat naik lampiran. Kalau semua dokumen dah lengkap boleh tekan hantar.
Yeay. Lulusss!