'Boss Susu' Tampil Beri Penjelasan Isu Pegangan Saham Kecil Dalam Syarikat

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan berkenaan pegangan saham yang dimiliki oleh Azmi Zainal atau lebih terkenal dengan panggilan Boss Susu. Isu ini menjadi hangat setelah ada individu mengatakan Boss Susu hanyalah pemegang saham kecil dalam syarikat tenusu berkenaan.

Tidak mahu perkara tersebut disalah erti, Azmi Zainal tampil beri penjelasan situasi sebenar dunia perniagaan di laman sosial facebook miliknya. 

Dalam tulisannya di facebook dia mengakui bahawa pegangan saham yang dimiliki kecil. Namun, kecil yang bermakna. 

Ya... pegangan saham saya memang kecil, mana bisa orang yang dah down dalam bisnes dan meniaga di pasar malam punya banyak wang untuk memiliki saham yang besar... pelaburan dalam industri tenusu pula ratusan juta... selepas 11 tahun nilai syarikat kami melonjak berlipat2 kali ganda atas usaha keras kami...alhamdulillah nilai share yang kecil tu jadi banyak jutanya... syukur ke hadrat Allah yang mengeluarkan aku dari kesusahan... berpanas berhujan berniaga, di tengking bangla ketika saya merchandise d Mydin, menitik peluh bawa lori hantar susu ke supermarket sampai basah spenda kerana lori tiada aircond... ni semua kerana saya tak belajar betul-betul apatah lagi sebab saya tak belajar di Australia  
Dalam perjalanan perniagaan bersama farm fresh... bohonglah kalau saya kata bukan RM yang saya kejar, tapi bagi saya kejayaan paling besar ialah mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat malaysia... 634 peluang pekerja dapat kami berikan... ramai anak-anak luar bandar di muazam mendapat munafaatnya dan bukan setakat jadi operator atau jaga lembu, tapi ramai yang kami angkat menjadi tenaga kerja professional, kami latih, kami didik mereka. 
Buka kilang di pendalaman ni banyak kekurangannya... tiada manager atau engineer yang profesional mahu bekerja dan tinggal di pendalaman... beberapa kali kami cuba bawa mereka dan tawarkan gaji tinggi... mereka cabut kerana mereka tidak biasa hidup di luar bandar... apalah lagi pilihan yang kami ada... kami latih anak-anak muazam yang berbakat untuk menggalas tugas ini... alhamdulillah mereka semakin bagus dan komited untuk membangunkan syarikat serta tempat lahir mereka. Dan 80% dari mereka adalah melayu islam... bangsa saya dan bukan bangsa australia.

Pada tahun 2016 laporan AC Nielson menunjukkan pegangan jualan atau market share farm fresh dlm segmen susu segar sebanyak 39%. Pada masa itu competitor kami mula bertindak balas dan mereka berusaha bersungguh2 untuk mengejar kami, mereka labur puluhan juta... terpampang lembu mereka di tiang jejantas sepanjang federal highway, palang tol, signboard juga... dan ada juga yang bawa mascot lembu masuk buletin utama... pada waktu tu kami cuma boleh melihat sahaja kerana belum mampu untuk buat macam mereka... khazanah minta kami agresif untuk serang balas... brader jawab..”kita tak buat apa-apa pun allah dah bantu kita... susu kita tetap habis dan sentiasa tak cukup... tak perlu bazir wang”...alhamdulillah atas jalan yang allah permudahkan

2016 Kami mula expand bisnes secara agresif... kami tingkatkan kan pengeluaran kami tambah lembu, tambah ladang dan besarkan kilang... ni semua perkara mudah... ada duit semua boleh buat... kami buat kerana kami mahu produk ini mencapai keseluruh pelusuk malaysia... bila semua tempat dah ada barulah kita blh masuk TV bilang brader pada lembaga pengarah.

Pada 2016 juga brader cetuskan ilham program micropenuer kami yg kami panggil Home Dealer... mereka jual susu. Pada asalnya niat brader untuk suri2 rumah tambah pendapatan untuk bantu suami dlm perbelanjaan isi rumah. Tapi suri2 rumah ini sangat berbakat dan bersemangat... mereka bukan hanya jual pada jiran2 tapi mereka berjualan d carboot sale, masuk expo, jual kat kedai2 dan kini bilangan mereka mencapai lebih dari 2000 orang dan bukan suri rumah shj... ramai juga para pekerja kerajaan dan swasta yg buat part time jual susu bagi membantu ekonomi keluarga...dan jumlah jualan mereka(home dealer sahaja) pada tahun 2020 mencapai 150juta. Ramai di kalangan mereka sudah punya kedai sendiri, ada van dan lori untuk menghantar susu... kami modalkan dulu tanpa sebarang guarentor atau bank deposit, kami ambil risiko kredit untuk bantu mereka....98% dari mereka adalah bangsa saya bangsa melayu malaysia dan bukan juga bangsa melayu australia

Saya bangga blh cerita dgn anak2 saya bila kami bertemu... bagaimana ayahnya berusaha meningkatkan pendapatan golongan b40... tapi bagi saudara aliff 111 mungkin dia bangga dan bilang pada anak dia... “hari ni papa dah malukan boss susu... meh tengok kat fb... ramai orang puji papa sebab papa pandai cari maklumat... nanti papa ajar anak2 macam mana nak buat...” tapi alhamdulillah saya x ajar anak saya begitu... saya ajar anak saya untuk jadi insan berguna agar bisa berbakti pada negara... hasil jadi tunggangan cina dan tungangan home dealer. Kedua2 anak saya menjadi doktor... alhamdulillah dan syukur pada allah yg tidak putus2 menunjukkan jalan dan membantu brader...

saya juga ucapkan terimakasih pada mereka yg terus menyokong saya dan syarikat farm fresh... hanya allah sahaja yg bisa membalas budi baik kalian

Post a Comment

0 Comments