Baru Hari Pertama, Aplikasi Neelofa Trending No 1 Di Apps Store

Sebut sahaja nama Neelofa pasti ramai yang mengenali figura ini. Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya sentiasa mencuri perhatian rakyat Malaysia bukan sahaja dari kerjaya seni malah fesyen dan kehidupan. 

Jika sebelum ini Neelofa pernah menyatakan hasrat untuk memiliki aplikasi tersendiri, dan semalam aplikasi tersebut telah dilancarkan serta boleh dimuat turun oleh pengguna. Aplikasi 'TheNoor' sedia dimuat turun di platform iOS dan android. Lebih membanggakan, baru sehari dilancarkan aplikasi tersebut telah pun trending no 1 di Apps Store. Wahhh. Tahniah Neelofa. 



Aplikasi The Noor merupakan Lifestyle Apps dimana pengguna boleh membaca Al-Quran, mendapatkan arah kiblat, waktu solat dan sebagainya. Selain itu, dengan The Noor juga, pengguna boleh mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh beberapa Sheikh antaranya, Maher Al-Mueaqly, Saud Al-Shuraim, Mishary Rahid Al-Afasy dan ramai lagi. Malah Neelofa sendiri terlibat secara langsung membuat voice over pengertian setiap ayat Al-Quran. 

Penyanyi Yasin Sulaiman juga turun terlibat dalam aplikasi ini dengan mengalunkan Azan setiap kali tiba waktu solat. Saje Share secara jujurnya kagum dengan usaha yang dibuat Neelofa dalam menyediakan aplikasi ini kepada umum.

Berharap semua boleh terus menyokong usaha baik ini dengan memuat turun pada smartphone kalian. Semoga menjadi manfaat buat kita semua. 


Ps: Wajib download guys!

Post a comment

0 Comments