Anggap ‘Customer Is Always Right’, Penumpang ETS Ini Enggan Memakai Pelitup Muka Meskipun Disuruh

Seorang wanita yang dalam perjalanan dari Taiping ke Ipoh menggunakan perkhidmatan tren Electric Train Service (ETS) dikritik netizen selepas didapati tidak memakai pelitup muka dan menolak untuk memakainya biarpun diminta berbuat demikian beberapa kali.

Menurut saksi yang memuat naik perkongsian mengenai itu di Facebook Puchong News Group pada 27 Disember lalu berkata, dia menyedari wanita terbabit yang duduk di depannya tidak memakai pelitup muka dan memerhatikannya selama 20 minit sebelum memintanya memakai pelitup muka.

Saksi turut menawarkan pelitup muka baharu, menganggap mungkin pelitup muka wanita itu telah hilang atau tidak dapat digunakan lagi. Namun, wanita itu memaklumkan dia mempunyai pelitup muka dan hanya tidak mahu memakainya.

Rakan kepada saksi kemudian mengadu kepada kakitangan tren ETS mengenai perkara itu lalu membuat pengumuman meminta para penumpang untuk memakai pelitup muka. Tetapi sekali lagi, wanita itu tidak mengendahkan peringatan tersebut.

'Kapten' tren juga datang berjumpa dengannya dan mengingatkan untuk memakai pelitup muka, tetapi wanita itu menjawab, "Saya dah pakai selama empat jam. Saya pelanggan, awak tak boleh menjerit pada saya," sedangkan 'kapten' berkenaan tidak meninggalkan suaranya langsung.

Apabila wanita itu menyedari saksi merakam video tersebut, dia terus memarahinya dan berkata, "Orang tak ada otak je buat macam ni" dan "Jangan berperangai macam ********" sebelum memakai pelitup muka.

Sumber: World of Buzz

Post a Comment

0 Comments