Pelakon cilik yang kian menjengah ke usia remaja, Mia Sara Nasuha atau lebih terkenal dengan panggilan Mia sudah mula menapak dalam industri hiburan Malaysia sejak berusia 4 tahun. Kerjaya lakonan Mia bermula dalam drama Adamaya, lakonan pertamanya bersama Lisa Surihani, Syed Hussein dan Allahyarham Faizal Yusof.
Seiring dengan peredaran masa dan usia, Mia membesar menjadi gadis yang cantik, sopan santun bahasanya. Sejak 5 tahun lalu, Mia mula mengenakan hijab selain memilih watak yang sesuai dibawa dengan imej yang terbaru.
Namun pendedahan Mia dalam rancangan Analisis Finaz Yusuf yang disiarkan di TV Al Hijrah benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Baru berusia 16 tahun,saya menyaksikan keberanian anak gadis ini memperjuangkan hijabnya, mahkotanya.
— FINAZ YUNUS (@FinazYunus) January 28, 2021
Mia sudah tahu kebarangkalian disenarai hitam atau dipulau tim produksi bakal menimpanya...
Namun tetap teguh berdiri dengan prinsipnya.
Tahniah Mia!#analisisfinazyunus pic.twitter.com/9Rh2KIpm4s
Mia berkata, dia menerima banyak tawaran dari penerbit daripada penerbit muslim memintanya dia membuka tudung demi menjayakan sesuatu watak. Tambah Mia lagi, permintaan tersebut membuatnya tersinggung oleh kerana selaku penerbit muslim, mereka sepatutnya lebih peka dengan keadaan Mia.
Berpegang teguh dengan prinsipnya, Mia lebih rela tidak berlakon daripada perlu membuka tudung. Isu tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan penerbit yang mahu Mia membuka tudung sedangkan tahu dirinya berhijab.
Bukan itu sahaja, para netizen juga mahu nama penerbit yang menetapkan syarat seperti itu didedahkan. Malah, rata-rata netizen kagum dengan pendirian Mia dan berasa bangga dengan jawapan matang daripada beliau walaupun baru berusia 16 tahun.
Dedahkan saja siapa penerbit tu, syarikat mana, production mana.
— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) January 29, 2021
Kita ni negara yang agama rasmi persekutuannya ialah Islam.
Hairan kenapa industri hiburan kita tak boleh jadi patuh syariah, dan hasilkan karya kreatif berlandaskan syariat secara praktikal. https://t.co/qUM0esxfj7
Netizen eager to know which producer so that netizen can do their job as netizen https://t.co/ycjrO3XqMl
— DB 🇲🇾 (@dayarh) January 29, 2021
0 Comments