Resepi Creamy Cheezy Butter Prawn Sedap, Viral Lebih 100 Ribu Share. Jom buat!


Sebut je Butter Prawn pasti ramai terliur dengan hidangan enak dan sedap tu. Rasa lemak cukup buat tambah nasi banyak kali, cuma tak ramai yang pandai buat butter prawn sedap macam dekat kedai. Pengguna facebook Suzana Othman berkongsi resepi Creamy Cheezy Butter Prawn mudah dan mudah. Resepi ini tular sehingga mendapat lebih 100 000 share. Wow! 

Jom buat Creamy Cheezy Butter Prawn


Bahan-Bahan

Creamy Cheezy Sause

  • 4ulas bawang putih-cincang
  • Cili api ikut kepedasan-potong
  • 4tangkai daun kari
  • Butter
  • 1tin susu cair
  • 4 keping keju
  • 1sk serbuk pati ayam
  • 1sk gula
  • 1sk serbuk lada sulah

Cara-Caranya

Bersihkan 1kg udang. Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Tambahkan 1senduk tepung goreng ayam bestari. Letak air sedikit dan gaul rata.

Goreng udang dalam minyak yg cukup panas. Tos dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu. Masukkan daun kari dan cili.

Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam

Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg

Apabila dah menggelegak, masukkan udang.

Gaul sebentar hingga udang bersalut dgn sauce. Tutup api.

Dalam mangkuk lain, pukul 4butir kuning telur.

Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.

Angkat mangkuk tinggi², tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju² membentuk bulatan. Kacau laju² tau. Tak laju tak halus nanti.

Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.

Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan² telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.

Toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yg berbaki.\

Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan. Selamat Mencuba..

Resepi: Suzana Othman

Post a Comment

0 Comments