Remaja jual burger jadi mangsa curi, Ketua Polis PJ hadiahkan ‘handphone’ baru



Sifat prihatin yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal terhadap masyarakat sememangnya harus dicontohi.

Dapat hadiah telefon bimbit baru

Semalam, beliau telah menziarahi seorang remaja yang menjual burger dan menghadiahkannya handphone baru selepas telefon bimbit remaja tersebut dicuri di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara Petaling Jaya.

Hal itu telah dikongsikan di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya dengan menyertakan gambar-gambar pertemuan mereka.

Handphone dicuri ketika pergi tandas

Berdasarkan maklumat, telefon bimbitnya dicuri sekitar jam 1 pagi apabila Adik Muhammad Nor Faizal meninggalkan gerainya sebentar untuk ke tandas.

Antara yang hilang ketika kecurian tersebut adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.

Tak rugi berbuat baik apalagi pikul tanggungjawab

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan ACP Nik Ezanee yang begitu dekat dengan masyarakat. Mereka juga berharap agar ada lebih ramai lagi pegawai atasan Polis Diraja Malaysia bertindak seperti beliau agar orang ramai lebih mesra dengan anggota berkuasa.



Diakhir perkongsian tersebut pihak sumber memaklumkan bahawa IPD Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit itu kepada remaja tersebut adalah bagi memberi semangat kepadanya yang berumur 14 tahun ini supaya terus cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Sumber: Polis Daera Petaling Jaya

Post a Comment

0 Comments