Polis Cadang Remaja Guna Motosikal 70cc Dan Ke Bawah Untuk Kurangkan Kemalangan


Menjengah umur 16 tahun, pastinya ramai remaja khususnya remaja lelaki yang berminat untuk mendapatkan lesen motor untuk menunggang di jalan raya secara sah.

Meskipun sah untuk menunggang di jalan raya, golongan yang terdiri daripada umur 16-20 tahun ini mencatat jumlah kemalangan tertinggi di Malaysia mengikut peringkat umur. Menunggang motosikal dengan laju dan merbahaya antara yang menjadi punca utama kemalangan berlaku.

Sehubungan dengan itu, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin telah mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Kementerian Pengangkutan supaya remaja berusia 16 hingga 20 tahun hanya dibenarkan menunggang motosikal di bawah 70cc menjelang 2025.

Kesukaran polis membendung amalan rempit di seluruh negara, beliau menyifatkan model kapcai yang dijual di pasaran sebagai sumber yang mendorong kehancuran generasi muda.

Difahamkan model yang sering menjadi pilihan dan idaman para remaja adalah model Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali dengan nama Ysuku yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160km/j.

Untuk pengetahuan, cadangan memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah dibangkitkan sejak 13 tahun lalu oleh mendiang presiden Persatuan Pengguna Pulau Pulau (CAP), SM Mohamed Idris yang menggesa kerajaan hanya membenarkan penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun menunggang motosikal berkuasa 70cc dan ke bawah.

Berdasarkan cadangan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin, adakah anda bersetuju sekiranya anak remaja pada tahun 2025 hanya dibenarkan menunggang motosikal 70cc dan ke bawah bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Post a comment

0 Comments