Pengantin Baru Berumur 15 Tahun Buat Ramai Terkejut

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang sememangnya menjadi impian setiap pasangan, namun ia juga satu tanggungjawab andai kita berkemampuan. Walau bagaimanapun, jika jodoh sudah sampai, tiada apa yang dapat ditolak ole kedua-dua pasangan.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, wanita yang menggunakan nama akaun @hariafiqah1 telah memuat naik video perkahwinan satu pasangan muda.

Pengantin masih bawah umur

Menurut wanita itu, anak saudaranya yang juga pengantin perempuan baru sahaja berumur 15 tahun dan pasangannya menginjak usia 17 tahun.

@hariafiqah1

selamat pengantin baru anak saudara💙 @nrndna #fypシ #nikahmuda #foryoupage

♬ Di Renjis-Renjis - R. Ismail

Rakan2 yang bawa dulang pun muda-muda

Pasangan tersebut menggunakan busana berwarna biru gelap dan dilihat sepadan ketika berjalan beriringan. Dalam kenyataan sumber juga, majlis perkahwinan ini telah berlangsung Tanah Merah, Kelantan.

@hariafiqah1

korang teka agak2 umur brpa diorang💙##fypシ ##nikahmuda

♬ original sound - nightmonyet - danny✨

Zaman sekarang jadi macam dulu balik, kahwin awal

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas. Ada diatara mereka tidak kisah dengan perkahwinan tersebut kerana dilihat dapat mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan ada juga yang berasa kurang senang memandangkan mereka masih lagi dibawah umur.

Walau bagaimanpun, kebanyakkan daripada mereka mengucapkan tahniah diatas perkahwinan itu dan mendoakan agar pasangan tersebut sama-sama bertolak ansur dalam hubungan memandangkan masing-masing masih muda lagi.

Seriusla, aku 17 pun SPM masih tunda-tunda

Risau tanggungjawab tu..

Tak salah kahwin muda, tapi…

Post a Comment

0 Comments