Gambar Dipadam, Status Berbaur ‘Sindiran’ Keluarga Cetus Tanda Tanya, Neelofa Didakwa Putus Tunang?

November lalu pelakon jelita, Neelofa dikhabarkan telah dirisik oleh PU Riz dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat. Perkara tersebut disahkan oleh ibu Neelofa, Noor Kartini.

Bagaimanapun di media sosial ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang hubungan Neelofa dan PU Riz yang didakwa telah berakhir. Malah beberapa gambar merisik juga dikatakan telah dipadam di akaun media sosial keluarga Neelofa.

Status Noor Nabila


Lebih menguatkan desas desus ini, Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa telah memuat naik beberapa foto yang tertulis kata-kata seperti menyindir seseorang di ruangan Insta Story miliknya.

Warna (perangai) sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti.
Bagaikan sedang memberi ‘hint’, Noor Nabila juga menggunakan sticker ‘Fake’ di atas gambar tersebut. Selain itu adik Neelofa, Ameera Khan dan Atisha Khan juga dilihat berkongsi ‘kata-kata’ yang hampir sama dengan kakaknya di Insta Story.


Post a Comment

0 Comments