Aplikasi WhatsApp Di Beberapa Peranti Apple & Android Bakal Henti Operasi Mulai 1 Januari

Pengguna telefon di seluruh dunia tidak akan dapat menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 Januari 2021 oleh kerana aplikasi itu bakal memberhentikan perkhidmatan mereka

Menurut laporan, hanya sebilangan saja telefon yang boleh dikemas kini ke perisian yang lebih baru untuk memastikan WhatsApp tetap beroperasi, tetapi sebahagian besar pengguna lain mungkin akan kehilangan aplikasi itu sama sekali.

Difahamkan WhatsApp sering menurunkan sokongan untuk peranti lama agar sentiasa dikemas kini.


Pengguna perlu menggunakan perisian lebih baru untuk menggunakannya

Namun, mulai 31 Disember 2020, mana-mana perisian yang menggunakan iPhone yang lebih lama daripada iOS 9 tidak lagi dapat menggunakannya. Seperti iPhone 4 dan yang lebih lama.

Bagi iPhone 4S, 5, 5S, 5C, 6 dan 6S semuanya boleh dikemas kini ke iOS 9 untuk memastikan WhatsApp boleh digunakan seperti biasa.

Sementara itu, mana-mana peranti Android yang menggunakan perisian lebih lama daripada Android 4.0.3 akan turut terjejas untuk menggunakan perkhidmatan itu.


Pastikan anda lakukan backup untuk simpanan mesej sebelum malam tahun baru

Sekiranya anda mempunyai telefon yang tidak dapat dikemas kini dan tidak mahu kehilangan perbualan mesej anda yang sebelumnya, pastikan anda melakukan 'backup' sebelum Malam Tahun Baru.

Anda boleh melakukan ini dengan membuka mesej yang ingin anda simpan dan memilih Group info.

Selepas itu, anda perlu menekan Eksport chat untuk diberi pilihan sama ada memuat turun mesej dengan atau tanpa media.


Jika telefon pintar tidak boleh lakukannya, dinasihatkan agar mencari telefon atau perincian yang lebih baru

Malangnya, jika telefon anda tidak dapat dikemas kini, anda perlu mula mencari telefon pintar yang lebih baru pada tahun 2021.

WhatsApp telah dilancarkan pada tahun 2009 dan kini merupakan aplikasi pesanan paling popular di dunia.

Pada tahun 2014, aplikasi itu diperoleh oleh Facebook dengan harga $19 bilion (RM76.95 bilion). Facebook kini dalam proses penggabungan WhatsApp dengan Instagram dan Facebook Messenger sehingga pengguna dapat berinteraksi dengan lancar antara ketiga-tiga platform.

Post a Comment

0 Comments