Ahad KJ Kemalangan, Isnin Pagi JKR Dah Siap Repair Jalan Berlubang…

Pada Ahad lalu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengalami kemalangan ketika melakukan aktiviti berbasikal akibat terlanggar lubang jalan. Khairy Jamaluddin atau lebih dekat disapa KJ telah terjatuh ke dalam parit sehingga mengalami kecederaan di bahagia muka dan dimasukkan ke hospital pada hari kejadian.

Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting itu bagaimanapun telah mendapat perhatian pihak JKR Kuala Langat apabila membalas tweet KJ dengan memohon maaf dan mengatakan pihak mereka akan mengambil tindakan segera.

Bagaimanapun, permohonan maaf pihak JKR Kuala Langat perhatian warganet oleh kerana masalah jalan berlubang ini sudah menyusahkan ramai orang sehingga ada yang kehilangan nyawa.

Bagaimanapun, semalam Isnin pihak JKR Kuala Langat dikatakan telah selesai membaik pulih lubang di tempat kejadian.

KJ bagaimanapun tak menyangka perkongsiannya akan mendapat perhatian dan mengharapkan agar tindakan pantas juga dapat diambil terhadap jalan-jalan lain yang berlubang kerana ia membahayakan nyawa orang ramai.

Pihak berwajib harus menjaga jalan raya dengan standard yang tinggi buat semua rakyat, bukan hanya menteri. – Kata KJ.

Diharapkan semua pihak dapat memainkan peranan mereka dalam perkara ini. Sekiranya semua melakukan tanggungjawab masing-masing, masalah seperti ini tidak mungkin akan berlaku.


Sumber: OhMedia!

Post a Comment

0 Comments