[VIDEO] Tekanan Melampau, Ini Pesanan Terakhir Pengurus Kilang Sebelum maut



Viral di laman sosial media sejak malam tadi kejadian seorang bekas pekerja menceroboh kilang. Pekerja terbabit merupakan bekas pengurus kilang tersebut merempuh masuk kawasan kilang dengan menggunakan kereta Honda Civic. Dalam kejadian itu suspek juga telah bertindak melempar botol berisi petrol ke dalam kilang dan menyebabkan kebakaran. Walaubagaimanapun kebakaran tersebut berjaya dikawal dan dipadamkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Menurut laporan, suspek kemudian larikan diri namun telah dilanggar treler sewaktu dalam perjalanan. Namun begitu, ada juga saksi kejadian yang berkata, suspek seolah-olah sengaja melintas jalan waktu itu.


Pada awal berita berkenaan tular, rata-rata warganet meluahkan rasa geram dalam ruangan komen. Akan tetapi, bila mendengar kisah dari side suspek, timbul pula rasa kasihan. Dalam video yang viral di Youtube, suspek luah yang dia sangat depress setelah dirinya seolah-olah dianiaya oleh majikan.

Menurutnya setelah 20 tahun bekerja, dia tiada performance issue, tapi tiba-tiba bonus dibayar lambat. Bila tanya sebab, tiada alasan yang kukuh diterima. Siapa yang tak geram dilayan macam tu, kan? Dalam video tu, memang jelas sangat kekecewaan yang dia rasa. Dia juga ada tunjuk yang sekarang dia terpaksa ambil ubat kerana terlalu depress, sedangkan selama dia bekerja, tak pernah pun dapatkan sebarang rawatan.

“Saya bukan pengemis. Saya patut dibayar setimpal dengan apa yang dah pun saya lakukan (untuk pekerjaan).”


“Saya dalam total stress. Saya tak mendapat tidur yang cukup.”

“Bukan hanya saya. Ada ramai lagi pekerja lain yang turut sama tertekan.”

“Saya betul-betul tertekan. Andai terjadi apa-apa kepada saya, ada individu-individu tertentu yang jadi puncanya.”


Itu antara luahannya dalam video tersebut. Tapi, sekarang ia terserah pada polis kerana kes masih dalam siasatan. Kita baru dengar dari satu pihak, belum dari pihak yang lagi satu. Kita pun tak pasti tentang apa yang betul-betul terjadi. Kita tunggu je lah jika ada sebarang update nanti.

Kredit: Sinar Harian, Youtube

Post a comment

0 Comments