[VIDEO] Semua Sekolah Termasuk Kolej Vokasional Seluruh Negara Ditutup Bermula 9 November Hingga 17 Disember 2020


Sesi persekolahan di seluruh negara, termasuk kolej vokasional, akan ditutup bermula 9 November sehingga 18 Disember (17 Disember bagi negeri Kumpulan A).

Mengumumkan perkara itu pada satu sidang media di Putrajaya hari ini, Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan itu diambil susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan.


"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan berhubung PKPB melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan kelantan.

"Tempoh PKPB selama 4 minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember, manakala PKPB di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilanjutkan sehingga tarikh itu.

"Mengambil kira pengumuman tersebut dan takwim, KPM memutuskan semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di negeri terlibat akan ditutup bermula 9 November sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri kumpulan B," katanya.


Jelas Mohd Radzi, penutupan itu bakal melibatkan 74 peratus daripada keseluruhan sekolah di bawah KPM.

"KPM memutuskan semua sekolah di Kelantan, Pahang dan Perlis serta Sarawak akan turut ditutup bermula 9 November sehingga hari akhir persekolahan hari pada 17 Disember 2020 bagi negeri kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B," katanya.

Selari dengannya, tarikh peperiksaan SPM/SVM/STAM dan STPMM turut dipinda. 
Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021 kelak, seemntara STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021 kelak.

Post a comment

0 Comments